Isnin, 7 November 2011
Majlis Korban Abjad Nilai
Akhirnya majlis Korban, Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha, Dapat
dilaksanakan dengan lancar sekali.
Dengan bertambah nya kefahaman di kalangan Umat Islam
hari ini atas kepentingan melakukan ibadah korban, maka sambutan
untuk menyertai ibadah korban Yang di Anjurkan Abjad Cawangan Nilai
dapat sambutan yang menggalakan.
Sebanyak 2 ekor lembu dan se-ekor kambing dapat dikorbankan pada majlis
kali ini.
Semangat setiakawan dan muhibbah di kalangan Ahli begitu terserlah
dengan kehadiran yang peserta dari jauh dan dekat yang cukup memeriahkan.
Selain menjalankan Ibadah Korban, Peserta juga telah didedahkan dengan
beberapa amalan sunnah yang lain untuk memantapkan lagi pengisian
sambutan Hari raya dan ibadah korban itu sendiri.
majlis korban yang bermula jam 8 pagi, dapat disempurnakan dengan jayanya
dengan pengagihan daging korban pada jam 12 tengah hari .
perancangan yang teliti memastikan kelancaran
majlis korban
dah siap bungkus untuk di agihkan-jam 11 pagi
masih bersemangat badal Abjad Nilai memotong
tulang dan daging korban untuk diagihkan.
orang dalam rumah pula mebuat pembahagian rapi
mengikut senarai yang telah disediakan
sedang berehat sambil menikmati hidangan.
antara sukarelawan yang menyumbang tenaga
bagi memastikan kelancaran majlis tersebut.
antara peserta yang datang dari Kuala Lumpur
dan seremban.
perbincang antara oleh Syekh Rashid dan
badal Abjad Nilai Syekh Zainorahim.
pada masa yang sama, Sekumpulan pemuda harapan bangsa
sedang menyiapkan juadah makan tengah hari di bahagian dapur.
selain latihan gelanggang dan latihan wirid, latihan
mengupas bawang juga diadakan untuk memantapkan
lagi kemahiran ahli Abjad.
pemandangan lain di bahagian dapur, acara membasuh daging
dan memasak nasi secara santai.
Sebelum majlis berakhir, peserta sempat bersolat Zohor berjamaah
disertai Takbir Hari Raya dan kemudian nya menikmati jamuan
masakan daging korban yang telah disediakan.
Isnin, 31 Oktober 2011
Majlis Pelancaran Warga Melayu Zon Selatan
Jumaat, 28 Oktober 2011
Majlis Pelancaran Warga Melayu Zon Selatan telah dapat dilaksanakan
dengan jayanya dengan kehadiran Ahli dari Negeri Sembilan, Wilayah, Selangor,
Johor, Pahang dan Melaka. Dengan pelancaran dan kelulusan pertubuhan ini
dapatlah pertubuhan persatuan Warga Melayu menjalankan aktiviti
dengan lebih berkesan lagi.
Acara yang bermula Selepas solat Asar, di mulakan dengan ucapan dan
kuliah ringkas oleh tuan guru berkenaan penubuhan Warga Melayu
dan peranannya dalam masyarakat. Selepas solat maghrib berjemaah,
sesi penyerahan sijil diadakan kepada semua pengerusi cawangan
Negeri/kawasan Zon selatan.
seterusnya acara bergambar di jalankan untuk merakamkan
detik bersejarah penubuhan Warga Melayu tersebut.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada petugas dan ahli yang bersama
mencurah keringat bersama meraikan majlis tersebut.
persiapan crew rakaman
persiapan orang dapur
kanak2 juga bersama menghulur bakti.
Chef terkenal Abjad Nilai
pemuda harapan bangsa berwuduk sambil menanti
waktu solat
kuliah Tuan Guru selepas Solat Asar
Ruangan dewan dipenuhi hadirin yang datang
dari jauh dan dekat
laungan azan oleh Muazzin Abjad/warga Melayu Nilai
Syekh Zaki
Mengnikmati hidangan selepas solat magrib
memulakan sesi penyerahan sijil perlantikan
Warga Melayu
penerima pertama dari cawangan negeri sembilan
Tuan Guru bergambar bersama pengerusi Negeri
Warga Melayu Zon Selatan
bergambar bersama semua penerima sijil lantikan
gambar bersama pengerusi warga melayu cawangan Negeri Sembilan
Warga Melayu cawangan Johor
Warga Melayu Wilayah
Warga Melayu Selangor
Warga Melayu Selangor (gelanggang merbau sempak)
Warga Melayu Pahang
Warga Melayu Melaka
Sabtu, 24 September 2011
Majlis Hari Raya Merbau Sempak
pula mengadakan Majlis Hari raya denag di hadiri Tuan Guru Utz
Ahmad Junaidin. Abjad Cawangan Nilai tidak lupa bersama
memeriahkan majlis tersebut sambil mengambil peluang
beramah mesra bersama Tuan Guru dan ahli yang hadir bersama
keluarga. Disini beberapa gambar sekitar majlis tersebut.
Kulaih Tuan Guru selepas Solat Maghrib
antara Ahli Keluarga yang hadir mendengar sedikit penerangan
dari Utz.
badal Abjad Nilai menunggu giliran mengambil makanan
Begitu berselera AJK Abjad/Warga Melayu Nilai
menjamah hidangan raya, makan nasi lauk kari
kambing bersama Lemang.
Pengerusi Abjad dan Warga Melayu Caw. Nilai..
dengan hidangan Special nya.
Selasa, 20 September 2011
Majlis Hari Raya 2011
adakan di Markas Nilai. Majlis yang bertujuan untuk mengeratkan
hubungan dan berkenalan sesama ahli dan keluarga ini turut
di hadiri wakil dari cawangan Selangor dan Wilayah.
Utz Zainorahim mengucapkan kata aluan
sempena perjumpaan hari raya keluarga
warga Abjad Nilai.
antara yang hadir pada majlis tersebut
menjamu selera dengan hidangan juadah raya.
leamang, rendang, nasi impit, antara hidangan utama
pada majlis tersebut.
antara muslimat yang hadir
kanak2 berseronok sambil mengambil gambar kenangan..
Difahamkan pada minggu hadapan bersamaan 24 hb 9 2011
(hari sabtu malam ahad) akan berlangsung majlis yang serupa
di markas Merbau Sempah, Sungai Buluh Selangor yang akan
dihadiri Tuan Guru Utz Ahmad Junaidin.
Jumaat, 26 Ogos 2011
Selamat Hari Raya
ABJAD Nilai mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Mohon Ampun dan Maaf Atas Salah dan Silap
kepada semua Warga Melayu /Abjad Malaysia..dan kepada
semua yang pernah berurusan dengan kami., samaada
secara langsung atau tidak..
Semoga Silaturrahim yang terjalin antara sesama kita
akan lebih kukuh di masa akan datang.
Isnin, 22 Ogos 2011
Ihya RamadhanMarkas Nilai 2011
Alhamdulillah..,
Akhirnya majlis berbuka puasa bersama Tuan Guru
telah berlansung dengan jayanya..
walau bagaimana pun.. pihak Abjad Nilai memohon
maaf jika terdapat kekurangan dan ke tidak selesaan
sepanjang majlis tersebut.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada yang hadir
sama ada dari jauh dan dekad. Abjad/warga melayu cawangan
Nilai berbesar hati dapat menjadi tuan rumah kepada majlis
yang menghimpunkan Ahli dari 5 Negeri (Abjad Selangor, Wilayah,
Kuantan Pahang, Johor dan Melaka.)
Dimaklumkan juga majlis seumpama ini juga berlangsung
di markas Sintok kedah (Selasa 23 ogos 2011) dan Tahfiz ABADA
Parit panjang Kedah (25 hingga 26 ogos 2011).
siapa yang berhajat dan berkelapangan di jemput hadir.
4 ekor kambing menjadi juadah utama majlis tersebut
Hujan lebat tidak sedikit pun menjadi halangan
kepada sukarelawan Abjad/Warga Melayu Nilai
melaksanakan tugas.
kerja memotong daging dalam keadaan bersantai..
buah rambutan sumbangan ahli antara juadah
berbuka puasa
Abjad Nilai memang terkenla dengan Masakan kari
kambingnya - sedap hingga menjilat kuali
pemandangan biasa di setiap majlis Abjad Warga melayu..
mengerumuni gerai jualan..
sentiasa mendapat permintaan tinggi
berkenalan sesama ahli dari berbagai cawangan,
sambil mengeratkan hubungan sesama jemaah.
ahli baru atau lama, tiada yang lebih, tiada yang kurang.
Ahli baru mendengar sedikit penerangan dari tuan guru
Dewan kuliah di penuhi Hadirin yang tidak sabar mengikuti
kuliah oleh Tuan Guru Utz Ahmad Junaidin
Kuliah Berkaitan Kelebihan Ramadhan Oleh Tuan Guru
Jemaah sedang menimati juadah berbuka puasa
hidangan moreh bubur kacang dan kuih karipap
Selepas Tarawih dan moreh- kuliah oleh Tuan Guru Utz
Idris yang di pengerusikan oleh Prof. Roslan
Bersemangat waja
Antara kontinjen Johor yang sempat dirakamkan
selepas Qiamulail jam 3.30 pagi