Isnin, 7 November 2011

Majlis Korban Abjad Nilai

Alhamdulillah.., atas kesepakatan dalam perancangan yang diaturkan,
Akhirnya majlis Korban, Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha, Dapat
dilaksanakan dengan lancar sekali.
Dengan bertambah nya kefahaman di kalangan Umat Islam
hari ini atas kepentingan melakukan ibadah korban, maka sambutan
untuk menyertai ibadah korban Yang di Anjurkan Abjad Cawangan Nilai
dapat sambutan yang menggalakan.
Sebanyak 2 ekor lembu dan se-ekor kambing dapat dikorbankan pada majlis
kali ini.
Semangat setiakawan dan muhibbah di kalangan Ahli begitu terserlah
dengan kehadiran yang peserta dari jauh dan dekat yang cukup memeriahkan.
Selain menjalankan Ibadah Korban, Peserta juga telah didedahkan dengan
beberapa amalan sunnah yang lain untuk memantapkan lagi pengisian
sambutan Hari raya dan ibadah korban itu sendiri.
majlis korban yang bermula jam 8 pagi, dapat disempurnakan dengan jayanya
dengan pengagihan daging korban pada jam 12 tengah hari .


perancangan yang teliti memastikan kelancaran
majlis korban


dah siap bungkus untuk di agihkan-jam 11 pagi


masih bersemangat badal Abjad Nilai memotong
tulang dan daging korban untuk diagihkan.


orang dalam rumah pula mebuat pembahagian rapi
mengikut senarai yang telah disediakan


sedang berehat sambil menikmati hidangan.
antara sukarelawan yang menyumbang tenaga
bagi memastikan kelancaran majlis tersebut.


antara peserta yang datang dari Kuala Lumpur
dan seremban.


perbincang antara oleh Syekh Rashid dan
badal Abjad Nilai Syekh Zainorahim.


pada masa yang sama, Sekumpulan pemuda harapan bangsa
sedang menyiapkan juadah makan tengah hari di bahagian dapur.


selain latihan gelanggang dan latihan wirid, latihan
mengupas bawang juga diadakan untuk memantapkan
lagi kemahiran ahli Abjad.


pemandangan lain di bahagian dapur, acara membasuh daging
dan memasak nasi secara santai.

Sebelum majlis berakhir, peserta sempat bersolat Zohor berjamaah
disertai Takbir Hari Raya dan kemudian nya menikmati jamuan
masakan daging korban yang telah disediakan.