Rabu, 1 Disember 2010

Majlis Bersama Utz Ahmad Junaidin Markas Nilai

Pada 28 nov 2010 sekali lagi Tuan Guru Utz Ahmad Junaidin
melawat ahli di markas Nilai. Kehadiran Utz yang sememangnya
telah dinantikan dengan segala persiapan telah
dibuat sejak awal lagi. seperti kebiasaan nya, majlis
yang dihadiri Tuan Guru akan dibanjiri oleh Ahli
Abjad terutama dikawasan dan cawangan berhampiran.
Hadirin yang datang dijamu dengan masakan Kari
Kambing Sebagai hidangan utama.


kehadiran Utz Ahmad Junaidin disambut Ahli abjad



Gerai Julalan yang dibuka yang menjual buku, DVD keluaran
Abjad Malaysia. Tasbih Digital juga antara barangan baru
yang dijual.



Perakam Video Panasonic antara peralatan
yang dibawa oleh Abjad Selangor untuk merakam
setiap kuliah Utz untuk dipanjangkan kepada
ahli yang tidak berkesempatan hadir.



Kawasan yang luas memudahkan Kehadiran ahli
yang hadir meletak kenderaan mereka.



Antara Pimpinan dan Ahli yang hadir pada majlis tersebut.



Bersedia mendengar kuliah Tuan Guru.



Kuliah dimulakan dengan bacaan Wirid Ulul Azmi
beramai2.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Pautan Menarik Dari Laman Abjad Seluruh Malaysia

Mengambil pautan beberapa aktiviti menarik Abjad Malaysia
yang sempat dirakam kan oleh Abjad cawangan
lain seluruh Malyais yang bagus untuk dikongsikan bersama.

1. Pautan Dari Laman Abjad Johor

PERTEMUAN RASMI BERMUZAKARAH DI ANTARA ABJAD MALAYSIA BERSAMA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM).

Pertemuan tersebut telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. ABJAD Malaysia diketuai oleh Yang Berbahagia, Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad Bin Haji Che Din, Yang Dipertua Persatuan Warga Melayu Malaysia merangkap Pengerusi Eksekutif Yayasan Angkatan Bina Jati Diri dan Yang Dipertua Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD (Asli) Jabat Kilat Malaysia manakala pihak JAKIM diketuai oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Wan Mohamad Bin Dato' Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Di antara perkara-perkara yang diperbincangkan ialah bagaimana untuk menangani masalah ajaran sesat dan pengamalnya serta penyelewengan dalam ilmu dan amalan di dalam masyarakat Islam masa kini yang kebanyakkannya tanpa disedari bercanggah dengan pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
































PROGRAM KERJASAMA ABJAD MALAYSIA DAN JAB. AGAMA ISLAM DAERAH MERSING MENGADAKAN PENERANGAN AJARAN SESAT KEPADA IMAM-IMAM MASJID SELURUH DAERAH DI MASJID JAMEK DAERAH MERSING, JOHOR.

Ayahanda Tuan Guru Ustaz Hj Ahmad Bin Hj Che Din, YDP ABJAD MALAYSIA merangkap Guru Ijazah Pusat sedang memberi penerangan kepada Imam-imam sekitar daerah Mersing tentang penyelewengan kefahaman Aqidah yang berlaku didalam masyarakat Islam kini yang lebih 90% dari masyarakat tidak memahaminya dan tanpa disedari sedang berpegang dan beramal dengan ajaran-ajaran yang nyata kesesatannya.





MUZAKARAH BERSAMA DIANTARA ABJAD MALAYSIA DAN PEGAWAI-PEGAWAI JABATAN MUFTI DAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

YDP ABJAD MALAYSIA sedang memberi penerangan kaedah yang lebih tepat untuk mengenal pasti mereka-mereka yang berfahaman dan mengamalkan ajaran sesat samaada didalam Ilmu Persilatan, Kebatinan, Perubatan, Kerohanian dan lain-lain kepada pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor. turut hadir sama pada Muzakarah tersebut YB Sohibussamahah Dato' Hj. Nooh Bin Gadut Mufti Johor.


YDP ABJAD MALAYSIA, Tuan Guru, Ustaz Haji Ahmad Bin Haji Che Din bersama dengan YB Dato Haji Nooh Bin Gadut mantan Mufti Negeri Johor.(sekarang Penasihat MAIJ) di perkarangan Kompleks Jabatan Agama Islam Johor di Johor Bahru.



















2.Dari Laman Abjad Selangor

KOLEKSI GAMBAR MAJLIS PENAMAT JURUS SENDENG NUSANTARA PADA 9/5/2010





3. Laman Abjad Ipoh Perak
Picture
  • Pada 9hb - 11hb April 2010 ini satu Program Ziarah Dan Tazkirah ABJAD MALAYSIA Sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran ABJAD PERAK akan diadakan di kawasan Perkhemahan Ulu Chepor Ipoh Perak
Antara program adalah seperti majlis buang saka, tazkirah & ceramah agama

Pusat Abjad Taqlibiah Wal Sauthiah- PATWS





بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين وعلى كل حال والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

PATWS merupakan sebuah institusi pengajian yang sedang berkembang di alaf ini untuk menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang berwibawa dan ternama di persada antarabangsa dalam pendidikan, inovasi, penerbitan dan pengajaran. Pelaksanaan sistem pembelajaran yang unik dalam memajukan ilmu pengetahuan serta pembelajaran Al-Quran melalui kaedah duplicate dan pendidikan yang berkualiti untuk masyarakat dan negara. Bertepatan dalil dari Firman Allah s.w.t. yang berbunyi:

وما خلقة الجن والإنسان إلا ليعبدون

“Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku”.

Diperkemaskan dengan beberapa dalil masyhur yang mengukuhkan lagi tentang pelaksanaan sistem pengajaran dan pembelajaran yang menjadi sahutan PATWS bagi memanfaatkan semua lapisan masyarakat, khususnya pelajar. Diantara dalil-dalil masyhur ialah:

Sabda Rasulullah s.a.w.;

قال النبى صلى الله عليه وسلم:ربَّ قارئ القرآن والقرآن يلعنه

“Sesungguhnya ramai di kalangan pembaca Al-Quran, sedangkan Al-Quran itu melaknat akan dia.”

إقراء والقرآن باللحون العرب وإياكم وباللحون أهل الفسق والكتابيين

“Bacalah oleh kamu Al-Quran dengan lahan (alunan) Arab, dan jauhilah kamu semua dari membaca dengan lahan ahli Fasik dan ahli-ahli Kitab.”

وذلك فيما ثبت عن عثمان بن عفان رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وسلم قال:

(خيركم من تعلم القرآن وعلمه) أخرجه البخارى فى فضائل القرآن

Daripada Saiyidina Usman Al-Affan:

“Sebaik-baik kamu adalah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajar pula kepada yang lain.”


petikan selanjutnya dari link asal disini

Pusat Abjad Taqlibiah Wal Sauthiah- PATWS

2214, Pengkalan Nangka,
Jalan Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim,
Malaysia.

Email:
altaqlibiah@gmail.com

Selain dari mempunyai PATWS, beberapa buah Institusi lagi yang
telah lama beroperasi seperti dibawah:

1. PUSAT PENGAJIAN ASSALAM
Pusat Pengajian Assalam
25-28, Jalan Seroja 1/1, Bandar Aman Jaya
08000 Sungai Petani, Kedah [Telefon : 04-4428093]


2. INSTITUT PENDIDIKAN ISLAM DAN TAHFIZ AL-QURAN ABADA
Institut Pendidikan Islam Dan Tahfiz al-Quran (ABADA)
Lot
2853 Kompleks Balai Islam,
Masjid Omar Zuhdi Parit Panjang
09200 Kupang Baling Kedah Darul Aman.
Tel/Fax : 604-4761744
Email : mudir@tahfizabada.com
www.tahfizabada.com


3. Pusat Jagaan Anak Yatim & Dhu'afa (AL-FARABI),

4. Pusat Pengajian Umumi (orang-orang tua) Madrasah Misbah Assalam,

5. Institut Mendokumentarikan Sejarah Karya Ulama' Silam Asia Tenggara (Pengkaji),

6. Pustaka Khazanah Ulama-ulama' Silam Asia Tenggara (Pustaka Khazanah Ulama)

7. Pusat Jagaan Orang tua-tua, fakir miskin, kurang upaya (kediaman Abu Nur)



Rabu, 13 Oktober 2010

Latihan Padang Abjad Nilai

Kebetulan pada malam rabu saya berkesempatan bersama jeamaah
di markas. Sempat pula merakamkan beberapa aksi latihan Silat
sebagai persedian menyertai kejohanan pencak silat peringkat N.sembilan..
(sukma). terdapat 12 peserta yang dicalonkan mengikuti
pertandingan tersebut. kebanyakanya telah pun menyertainya..
beberapa kali. Semua peserta silat telah berkumpul selama beberapa hari
di markas abjad nilai untuk latihan persedian sebelum berlansung
pertandingan pada 14 okt 2010.
warga Abjad mendoakan agar peserta dapat mengulangi kegemilangan
yang lalu dgn membawa pulang pingat emas.




sesi taklimat undang 2 dan peraturan pertadingan
pencak silat oleh jurulatih padang Abjad Nilai
dari kiri. En Black, En Din gadong, En Mohd Zaki





Kafiat buka gelanggang dan mengambil adab
hulubalang rohani jasmani



Melazimkan Zikir dalam pada setiap masa.




warm-up sebelum berlatih di gelanggang





Sifu Black menunjukan teknik pukulan siku




sifu Zaki menggayakan teknik tendangan sisi






latihan mengikut sukatan silat olahraga



semangat persahabatan sentiasa di utamakan dalam pertandingan




bersedia untuk menyerang



bertanding dalam ketogori yang sama





dua penrdekar bertembung hebat




berjaya menjatuhkan pihak lawan. 3 markah penuh





" Praying Mantis" membuka langkah baru untk bertindak balas



menggunakan teknik sapuan untuk menjatuhkan pihak lawan




pakaian seragam Silat Abjad




pada masa yang sama Markas Abjad Nilai menerima 3 lagi kemasukan Ahli baru
pada malam tersebut

Isnin, 27 September 2010

Majlis Hari Raya Warga Melayu Zon Selatan

Persatuan Warga Melayu Zon Selatan telah mengadakan Majlis
hari terbuka nya pada ahad lepas yang bermula jam
12 tengah hari. Majlis yang dihadiri Ahli dan Pimpinan
Abjad/ Warga Melayu Peringkat Pusat itu di sambut
dengan berbagai juadah yang disediakan oleh gabungan
Caw. Selangor, Wilayah dan N.Sembilan.

Majlis telah diadakan di Seksyen 7 Bangi.


poster/banner menarik yang disediakan penganjur



Antara Pemuda Tauhid harapan bangsa yang hadir




Antara Orang Kuat Abjad/Warga Melayu Caw. Nilai
yang hadir




kameran yang datang agak lewat hanya sempat
merakamkan juadah yang dah nak habis



lemang dan Laksa yang disukai ramai




Utz Ahmad Junaidin Turut turut hadir pada maljis tersebut





Utz Idris dan Prof. Roslan bersama memeriahkan Majlis



Berbagai Juadah untuk tetamu yang hadir




Gerai Jualan juga dibuka

Khamis, 16 September 2010

Perjumpaan Hari Raya Abjad Nilai

Alhamdulillah..Syukur kepada Allah , majlis perjumpaan
hari raya Abjad Nilai telah berlangsung dengan
meriah sekali. Sambutan memberangsangkan Ahli
Abjad termasuk dari caw. berhampiran menjadikan
perjumpaan kali ini adalah yang paling berjaya
jika dibandingkan dengan majlis pada tahun sebelumnya.

Majlis yang bermula dgn solat maghrib berjamaah itu telah
di imamkan sendiri oleh Badal Abjad Nilai Utz Zainorahim
dan seterusnya memimpin bacaan wirid dan khatam quran.
selepas solat Isyak majlis diteruskan dgn berselawat
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan
nashid Maharaja.

Seterusnya Utz Zainorahim telah memberikan sedikit
kuliah ringkas untuk memantapkan lagi kefahaman
Ahli tentang fahaman Ahli Sunnah Wal Jemaah

Majlis kemudian nya menjamu selera dgn berbagai
hidangan yang telah dibawa oleh Ahli sendiri.



















berselawat dan nashid Maharaja




















kuliah oleh Utz Zainorahim
dari kiri -
Syeikh Suhaimi, Utz Rashid, En Isa (PESAKA), Utz zainorahim



















Anggota keluarga Abjad tidak lepaskan peluang
menikmati juadah yang disediakan

















Lemang antara yang paling mendapat sambutan
lemang yang dibakar sendiri oleh Ahli Abjad nilai
juga sedia untuk menerima tempahan.


















berselera sekali Utz Yunus badal caw. Selangor dan
Hj Hafifi Ajk Abjad Pusat menjamu selera.



















antara pemandangan suasana meriah pada
majlis tersebut











Keratan borang Warga Melayu















tekun mengisi borang ahli


















buku terbaru karangan Utz Ahmad yang di umumkan
oleh Utz Yunus untuk Ahli Abjad.














Utz Yunus menerangkan serba sedikit pengenalan
buku keluaran terbaru Abjad itu