Jumaat, 29 Oktober 2010

Pautan Menarik Dari Laman Abjad Seluruh Malaysia

Mengambil pautan beberapa aktiviti menarik Abjad Malaysia
yang sempat dirakam kan oleh Abjad cawangan
lain seluruh Malyais yang bagus untuk dikongsikan bersama.

1. Pautan Dari Laman Abjad Johor

PERTEMUAN RASMI BERMUZAKARAH DI ANTARA ABJAD MALAYSIA BERSAMA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM).

Pertemuan tersebut telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. ABJAD Malaysia diketuai oleh Yang Berbahagia, Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad Bin Haji Che Din, Yang Dipertua Persatuan Warga Melayu Malaysia merangkap Pengerusi Eksekutif Yayasan Angkatan Bina Jati Diri dan Yang Dipertua Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD (Asli) Jabat Kilat Malaysia manakala pihak JAKIM diketuai oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Wan Mohamad Bin Dato' Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Di antara perkara-perkara yang diperbincangkan ialah bagaimana untuk menangani masalah ajaran sesat dan pengamalnya serta penyelewengan dalam ilmu dan amalan di dalam masyarakat Islam masa kini yang kebanyakkannya tanpa disedari bercanggah dengan pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
































PROGRAM KERJASAMA ABJAD MALAYSIA DAN JAB. AGAMA ISLAM DAERAH MERSING MENGADAKAN PENERANGAN AJARAN SESAT KEPADA IMAM-IMAM MASJID SELURUH DAERAH DI MASJID JAMEK DAERAH MERSING, JOHOR.

Ayahanda Tuan Guru Ustaz Hj Ahmad Bin Hj Che Din, YDP ABJAD MALAYSIA merangkap Guru Ijazah Pusat sedang memberi penerangan kepada Imam-imam sekitar daerah Mersing tentang penyelewengan kefahaman Aqidah yang berlaku didalam masyarakat Islam kini yang lebih 90% dari masyarakat tidak memahaminya dan tanpa disedari sedang berpegang dan beramal dengan ajaran-ajaran yang nyata kesesatannya.





MUZAKARAH BERSAMA DIANTARA ABJAD MALAYSIA DAN PEGAWAI-PEGAWAI JABATAN MUFTI DAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

YDP ABJAD MALAYSIA sedang memberi penerangan kaedah yang lebih tepat untuk mengenal pasti mereka-mereka yang berfahaman dan mengamalkan ajaran sesat samaada didalam Ilmu Persilatan, Kebatinan, Perubatan, Kerohanian dan lain-lain kepada pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor. turut hadir sama pada Muzakarah tersebut YB Sohibussamahah Dato' Hj. Nooh Bin Gadut Mufti Johor.


YDP ABJAD MALAYSIA, Tuan Guru, Ustaz Haji Ahmad Bin Haji Che Din bersama dengan YB Dato Haji Nooh Bin Gadut mantan Mufti Negeri Johor.(sekarang Penasihat MAIJ) di perkarangan Kompleks Jabatan Agama Islam Johor di Johor Bahru.



















2.Dari Laman Abjad Selangor

KOLEKSI GAMBAR MAJLIS PENAMAT JURUS SENDENG NUSANTARA PADA 9/5/2010





3. Laman Abjad Ipoh Perak
Picture
  • Pada 9hb - 11hb April 2010 ini satu Program Ziarah Dan Tazkirah ABJAD MALAYSIA Sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran ABJAD PERAK akan diadakan di kawasan Perkhemahan Ulu Chepor Ipoh Perak
Antara program adalah seperti majlis buang saka, tazkirah & ceramah agama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan