Selasa, 23 Mac 2010

Lawatan Tuan Guru Ke Markas Nilai

Pada hari ahad yang lalu (21 mac 10) Markas Abjad Nilai
sekali lagi dimeriahkan dengan kunjungan Tuan Guru Ijazah Pusat
Abjad Malaysia, Utz Ahmad Junaidin.
Kemeriahan turut dirasai dengan kehadiran ahli abjad serta masyarakat setempat
bersama keluarga terutama dari cawangan Melaka, Selangor dan Wilayah.
Acara gotong-royong membuat persiapan telah menjadi kemestian bagi ahli abjad.
dengan kehadiran ahli dan dan masyarakat sekeliling, dapat mengeratkan lagi
tali silaturahim serta kasih sayang sesama ahli dan masyarakat.
2 ekor kambing serta berbagai juadah lain telah disediakan hasil sumbangan ahli
sebagai hidangan kepada tetamu yang hadir.
selain dapat beramah mesra bersama ustaz, hadirin juga dapat memantapkan lagi
kefahaman ilmu agama setra akidah islam dengan acara kemuncak pada malam itu,
satu ceramah agama yang disampaikan oleh tuan guru.
















kehadiran Utz memang ditunggu oleh ahli abjad.
















dua ekor kambing sebagai juadah untuk tetamu
















Ajk dan Ahli abjad bersama bergading bahu
menjayakan majlis tersebut














kelihatan pengerusi dan setiausaha abjad
nilai dibantu ahli bertungkus lumus
melapah kambing.















lepas solat maghrib., kerja menyiang daging pula
dilakukan bersama..















muslimah juga turut sama menyumbang tenaga














kan seronok buat kerja ramai ramai














antara relawan abjad yang bertungkus lumus dari semalam
lagi menikmati juadah sarapan pagi bersama'
tuan guru















antara aksi hebat hang kebun..heh heh.. sewaktu
memasak daging kambing.

















makan tengah hari bersama utz.














Ajk air tersenyum bangga dapat
menyediakan minuman air bunga krisantimum.
first time dapat tengok cemana buat air ni.















begitulah mesranya badal abjad nilai mempelawa
hadirin menjamu selera.
















quality control- sebelum hidang makanan ni kena rasa dulu
pastikan dia benar sedap untuk tetamu.
ni la antara tukang rasa masakan tu.. dia orang rasa sepinggan sorang
sampai kucing lompat tak lepas..hehhe

Sabtu, 13 Mac 2010

Peristiwa dalam kenangan

Satu sejarah tercipta khusus nya kepada Abjad Nilai dan seterusnya kepada
Abjad Malaysia.
Tanggal 23 julai 2006 bendera Abjad Malaysia telah berkibar dengan megahnya di padang
Seri Menanti sewaktu menyambut hari Keputeraan Yam Tuan Besar Negeri Sembilan.
Majlis tersebut yang menghimpunkan hampir semua jenis Seni mempertahankan diri yang
terdapat dimalaysia termasuk seni silat gayung,silat cekak, silambam, wushu dan berbagai lagi
yang masing-masing mempamerkan aksi seni yang tersendiri. Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad
tidak ketinggalan mempamerkan aksinya yang tersendiri yang di anggotai 40 orang pesilat
yang dihimpunkan dari berbagai cawangan seluruh Malaysia.
Majlis yang turut dihadiri oleh Pimpinan tertinggi Abjad Malaysia itu telah berjaya meletakan
nama Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad semakin dikenali dan diterima dikalngan masyarakat.
Kejayaan pengajuran majlis ini telah membuktikan semangat setia kawan dan kerjasama yang
tinggi dikalangan ahli-ahli abjad dan cawangan-cawangan abjad, malah telah terjalin satu kerjasama erat antara pertubuhan dan pihak istana serta pihak berkuasa tempatan.





















aksi bersemangat pesilat Abjad di padang Seri Menanti N.S



















Satu kebanggaan bagi Abjad Negeri Sembilan



















tidak ketinggalan Utz Idris dan pimpinan Abjad dari
seluruh negeri bersama meluangkan masa
memberi sokongan kepada kontinjen Abjad



















bendera Abjad berkibar di padang Seri Menanti disaksikan
ribuan penonton.






















Pengiktirafan kepada pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad
yang dikurniakan Sijil Gagah Berani yang disempurnakan
oleh Yam Tuan Besar Negeri Sembilan.
dalam kenangan., Bekas badal Cawangan Negeri sembilan
Utz Yazid yang telah kembali ke rahmatullah bersalaman dgn
Yam Tuan Besar sewaktu menerima Sijil Gagah Berani.
(Al-Fatihah)





















antara peserta pesilat abjad yang sempat bergambar sebagai kenangan






















Kehadiran Yang Dipertua Abjad Malaysia Utz Ahmad Junaidin
memberi semangat kepada petugas dan peserta Abjad Malaysia.























entah apa lah yang dibualkan oleh guru latihan padang
sintok kedah (kiri)dan guru latihan padang nilai N.S (kanan)
hingga badal N.S (dibelakang)ketawa tak kering gusi..hehe
jgn marah Badal..






















tersenyum bangga., Allahyarham Utz Yazid bersama
Sijil Gagah Berani yang di anugarah oleh Yam Tuan Besar N.S




















Bersama menyumbang tenaga-kelihatan wakil dari kemayan Pahang juga
turut hadir memberi sokongan.

Abjad Negeri Sembilan mengucapkan ribuan Terima kasih yang
tidak terhingga kepada semua peserta dan petugas
Abjad malaysia yang datang dari seluruh pelosok tanah air
bersama menyumbangkan harta,masa dan tenaga bagi menjayakan majlis ini.

Jumaat, 12 Mac 2010

Kenduri Abjad Nilai

date: 11 mac 2010

Satu majlis kenduri beserta sembahyang hajat,. khatam Al-quran dan sambutan Maulidur Rasul
telah diadakan dimarkas Abjad Nilai pada malam jumaat yang lepas..
majlis yang bermula pada waktu maghrib itu telah dihadiri ahli markas abjad sekitar Nilai, seremban, beberapa wakil dari caw. selangor dan penduduk setempat.
majlis tersebut telah dipimpin dengan jayanya oleh badal markas Abjad Nilai
Utz Zainorahim.
















alunan selawat yg dipimpin oleh utz zainorahim















muslimah juga tidak ketinggalan berselawat dengan
penuh semangat menyambut bulan kelahiran
Nabi Muhammad s.aw.















begitu tekun sekali syeikh janggut membaca selawat















bukan setakat berselawat.., sheikh janggut kita juga
adalah antara chef terulung di abjad nilai..heh..heh.













acara gotong-royong merentungkan periuk..
yang dipimpin oleh syeh hj. suhaimi..hehe..
tak lah.. chef pakar kari kambing tu..













majlis di akhiri dgn jamuan yang
telah disediakan secara bergotong-royong oleh ahli abjad nilai.

Blog Abjad Nilai, Negeri Sembilan

Alhamdulillah..
Akhirnya berjaya juga abjad negeri sembilan, cawangan Nilai memiliki blog sendiri..
di harapkan rakan-rakan dari cawangan seluruh malaysia sudi-sudikan lah singgah di blog kami
yang tidak seberapa ini..

pengenalan abjad nilai

Abjad nilai adalah dibawah naugan abjad selangor dibawah pimpinan utz yunus.
Abjad Nilai adalah penaung bagi abjad seluruh negeri sembilan..
selain di tempat kami yang beralamat di..

NO.3,SIMPANG TIGA,KG.KONDOK,
71800,NILAI,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

beberapa cawangan kecil yang lain juga telah ditubuhkan diserata N.Sembilan.

aktiviti
pada kebiasaan nya, Abjad cawangan nilai akan mengadakan perjumpaan dan mengadakan majlis khatam Quran setiap hari khamis malam jumaat..
disamping itu..pada hari sabtu malam Ahad.. sesi latihan padang dijlankan
yang dipimpin oleh beberapa guru dan jurulatih padang yang telah dilantik..

Abjad nilai mengalu-alukan kedatangan ahli dari seluruh cawangan dan mempelawa orang ramai menyertai kami..