Sabtu, 13 Mac 2010

Peristiwa dalam kenangan

Satu sejarah tercipta khusus nya kepada Abjad Nilai dan seterusnya kepada
Abjad Malaysia.
Tanggal 23 julai 2006 bendera Abjad Malaysia telah berkibar dengan megahnya di padang
Seri Menanti sewaktu menyambut hari Keputeraan Yam Tuan Besar Negeri Sembilan.
Majlis tersebut yang menghimpunkan hampir semua jenis Seni mempertahankan diri yang
terdapat dimalaysia termasuk seni silat gayung,silat cekak, silambam, wushu dan berbagai lagi
yang masing-masing mempamerkan aksi seni yang tersendiri. Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad
tidak ketinggalan mempamerkan aksinya yang tersendiri yang di anggotai 40 orang pesilat
yang dihimpunkan dari berbagai cawangan seluruh Malaysia.
Majlis yang turut dihadiri oleh Pimpinan tertinggi Abjad Malaysia itu telah berjaya meletakan
nama Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad semakin dikenali dan diterima dikalngan masyarakat.
Kejayaan pengajuran majlis ini telah membuktikan semangat setia kawan dan kerjasama yang
tinggi dikalangan ahli-ahli abjad dan cawangan-cawangan abjad, malah telah terjalin satu kerjasama erat antara pertubuhan dan pihak istana serta pihak berkuasa tempatan.





















aksi bersemangat pesilat Abjad di padang Seri Menanti N.S



















Satu kebanggaan bagi Abjad Negeri Sembilan



















tidak ketinggalan Utz Idris dan pimpinan Abjad dari
seluruh negeri bersama meluangkan masa
memberi sokongan kepada kontinjen Abjad



















bendera Abjad berkibar di padang Seri Menanti disaksikan
ribuan penonton.






















Pengiktirafan kepada pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad
yang dikurniakan Sijil Gagah Berani yang disempurnakan
oleh Yam Tuan Besar Negeri Sembilan.
dalam kenangan., Bekas badal Cawangan Negeri sembilan
Utz Yazid yang telah kembali ke rahmatullah bersalaman dgn
Yam Tuan Besar sewaktu menerima Sijil Gagah Berani.
(Al-Fatihah)





















antara peserta pesilat abjad yang sempat bergambar sebagai kenangan






















Kehadiran Yang Dipertua Abjad Malaysia Utz Ahmad Junaidin
memberi semangat kepada petugas dan peserta Abjad Malaysia.























entah apa lah yang dibualkan oleh guru latihan padang
sintok kedah (kiri)dan guru latihan padang nilai N.S (kanan)
hingga badal N.S (dibelakang)ketawa tak kering gusi..hehe
jgn marah Badal..






















tersenyum bangga., Allahyarham Utz Yazid bersama
Sijil Gagah Berani yang di anugarah oleh Yam Tuan Besar N.S




















Bersama menyumbang tenaga-kelihatan wakil dari kemayan Pahang juga
turut hadir memberi sokongan.

Abjad Negeri Sembilan mengucapkan ribuan Terima kasih yang
tidak terhingga kepada semua peserta dan petugas
Abjad malaysia yang datang dari seluruh pelosok tanah air
bersama menyumbangkan harta,masa dan tenaga bagi menjayakan majlis ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan