Sabtu, 2 April 2011

Peralih Saka Abjad/Warga Melayu Nilai

Alhamdulillah, selesai juga program Peralih Saka yang berlansung
di markas Nilai Kelolaan Bersama oleh Abjad/Warga Melayu
zon selatan di ketuai Oleh Utz Yunus Badal Abjad Zon selatan.

Program yang berlansung pada 02 april 2011 yang di sertai
sehingga 140 orang peserta termasuk yang datang berkeluarga
itu, antara lain bertujuan membuang segala jenis ganguan
dalam diri yang berpunca dari ganguan Jin terutama dari
jin keturunan atau jin yang dtg melalui Ilmu yang dituntut
yang tida berguru atau guru yang tidak berkelayakan.Add Image
Program yang dihadi Oleh tuan Guru Ijazah Pusat
Utz Ahmad Junaidin itu turut mengundang TV1 (panorama)untuk
merakamkan aktiviti tersebut.

Pihak Abjad Nilai merakamkan ribuan terima kasih kepada
petugas yang menjayakan program ini, kepada penderma,
dan penyumbang berbagai jenis peralatan sewaktu
majlis tersebut. Tampa Komoitmen anda , pincang lah majlis
tersebut.


banner di simpang pintu masuk Abjad Nilai

tersenyum puas.
antara petugas yang bertungkus lumus menjayakan
majlis tersebut



Chef Mamat Abjad Nilai menyediakan Resepi masakan
hebat pada hari tersebut.

Tv1 Panorama sedang meng " Interview" utz Mad


julan Tasbih Digital yang amat laris pada hari tersebut


jarum pencucuk jari untuk ambil darah juga hangat
di pasaran ..


antara barangan jualan abjad Selangor


key chain abjad juga ada dijual



Panorama - Sedang menemubual salah seorang
peserta Peralih saka


Solat maghrib diluar Markas. Majlis Peralaih saka dimulakan
sebaik sahaja selesai solat maghrib


Kefahaman yang meningkat dikalangan masyarakat
mengenai keutamaan membuang saka/jin dalam diri dan keluarga
menyebabkan sambutan yang begitu hebat pada program ini.
Kawasan luar dan dan dalam Markas Abjad Nilai
sesak dgn Pesrta Program peralih saka .


antara persedian yang dibawa oleh peserta program tersebut
bagi memastikan segala saka/jin dapat di buang sehingga ke akar umbi.


kemeyan dan keris adalah kebiasan masyarakat melayu
dalam menuntut ilmu atau beramal dgn ilmu.
Peralatan ini perlu dibawa besama untuk di buang
bersama saka/jin yang mendampingi.


kunyit dan kuih muih yang digunakan dalam pemujaan
atau jamu yang akan di buang dalam program ini.


Segala perkara yang berkaitan dgn pengamalan/
pemujaan ilmu yang disertai jin yang dikumpulkan.
Ilmu/jin ini mungkin bukan dituntut oleh org yang membawanya,
tapi oleh generasi terdahulu yang mengamalkan
ilmu tersebut dan telah diturun kan kegenerasi seterusnya
yang dikenali sebagai saka. Saka inilah yang perlu dijauhkan
dari diri, keluarga dan keturunan kita seterusnya.


segala peralatan yang disediakan sama seperti keadaan sebenar.



segala peralatn berkaitan ilmu/pemujaan akan diletakkan
kedalam buah kundur ini dan akan dibuang kelaut.


sukar dipercayai- antara ilmu yang terpaksa diwarisi oleh
generasi hari ini. Kesempatan yang baik ini adalah untuk membersihkan
diri dan keluarga serta keturunan dari terus di belenggu
amalan syirik ini.


segala peralatan/pemujaan yang berjaya dikumpulkan dan
akan dihantar ke tempat yang ditetapkan.


lori yang disewa untuk membawa peralatan tersebut
untuk proses seterusnya.

Program Peralih saka ini akan di jalankan secara berterusan
oleh Abjad/Warga Melayu Malaysia sebagai Usaha membantu
masyarkat menyelesaikan masalah ganguan Jin/saka pada diri keluarga
dan keturunan. Sesiapa yang berhajat untuk menyertai program ini
diminta menghubungi Abjad/warga melayu berhampiran
tempat anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang persedian
untuk proses Peralih Saka ini, kerana ia memerlukan persediaan
yang rapi dan ada peralatan yang perlu disediakan oleh peserta
sebelum program itu dapat di ikuti dgn berkesan



.

haha..dah dapat versi TV1 punya..terima kasih cikgu yazid yg upload video ni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan